MINYAK APA LAGI YANG INGIN DIJUAL

Semakin ramailah yang cuba menonjolkan diri untuk menunjukkan kehebatan mereka bila bercakap dan menulis tentang politik yang dikatakan semakin parah.

Semua mengetahui yang paling hebat dan paling kedepan untuk menempa nama sebagai king maker untuk mengulingkan kerajaan PN yang diketuai oleh TSMY adalah Anwar Ibrahim.

Beliau cuba menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya dan liciknya beliau mengucar kacirkan kerajaan PN sehingga kerajaan PN pimpinan TSMY hilang majoriti.

Malah dengan sombong sudah menjaja kepada dunia bahawa beliau adalah bakal menjadi PM Malaysia ke 9 dan dokongan kuat USA dan barat menggunakan media massa untuk beliau berkuasa tidak sia-sia.

Media massa dalam dan luar saban hari menunjukkan bagaimana sibuknya beliau keluar masuk Istana Negara untuk mengadap YDP Agong adalah bukti jawatan PM sudah semakin mengesahkan dakwaan beliau.

Sibertrooper upahan di media sosial serta pengulas politik taraf kangkung tumbuh macam cendawan selepas hujan masing-masing cuba menonjolkan diri masing-masing dengan ulasan politik dengan penuh bersemangat bagaikan pakar politik.

Prof-prof kangkung saling menunjukkan kehebatan di media-media sosial mula memberi pandangan perlembagaan mengikut kepala otak mereka tentang keabsahan jawatan PM yang masih di sandang oleh TSMY.

Walaupun Anwar cuba menunjukkan SD-SD untuk dipersembahkan kepada YDP Agong adalah dari ahli-ahli parlimen yang sudah sedia ada menyokong beliau serta yang baru berpaling tadah dari kerajaan PN.

Sebelum ini beliau dengan penuh yakin beliau mempunyai formula untuk membawa negara keluar dari pandemik covid 19 yang sedang menyerang dunia dengan syarat belian mesti di lantik sebagai PM dengan alasan tidak mahu kerajaan PN yang mendapat kredit.

Tetapi minyak yang beliau cuba jual dipersoalkan oleh rakyat kerana negeri Selangor yang diperintah oleh parti beliau PKR adalah penyumbang terbesar jumlah jangkitan di Malaysia.

Bagaimana negeri Selangor dengan penuh sombong tidak mahu kerajaan pusat terlibat dalam usaha kerajaan PH/PKR menunjukkan kehebatan Anwar dengan formula yang dijaja.

Akhirnya ahli-ahli PKR mula menunjukkan protes secara diam-diam serta rakyat semakin muak dan geram dengan sikap pemimpin PH yang lebih pentingkan usaha menjatuhkan kerajaan PN serta jawatan PM.

Bagi pemimpin PH nyawa rakyat bagaikan tidak bernilai berbanding dengan usaha gila mereka untuk menjatuhkan kerajaan malah mereka menggunakan aplikasi sendiri SELangkah dari aplikasi Mysejahtera yang disediakan oleh kerajaan pusat untuk memudahkan melakukan vaksinasi secara teratur.

Berbanding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang juga mempunyai aplikasi sendiri pgCARE tetapi mereka tetap bergabung dengan MySejahtera sehingga kerajaan Pulau Pinang telah membatalkan aplikasi mereka kerana kerajaan DAP pun tahu tanpa bantuan pusat mereka pasti gagal.

Dari pandangan serta pendapat warga marhaen sudah mula hilang sabar kerana para pemimpin politik lebih mengejar kuasa dari memikirkan apa yang rakyat marhaen yang kehidupan semakin sengsara.

Pandemik covid 19 adalah wabak diluar jangkaan dimana mereka terhimpit dengan kematian, kehilangan keluarga, kewangan, hilang mata pencarian dengan hidup bagai pengemis demi memberi keluarga makan.

Adakah bagi ahli-ahli politik yang gila kuasa sudah hilang sifat-sifat kemanusiaan di hati mereka ketika rakyat marhaen semakin naik gila dengan wabak yang pertama kali melanda dunia.

Para pemimpin politik yang tidak berhati perut dengan nafsu serakah semakin menggila demi mengejar kuasa tidak pernah merasa apa yang rakyat marhaen rasa kerana hidup bermewah dengan hasil dari rompakan khazanah negara yang rakyat memberi amanah kepada mereka untuk menjaganya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RAKYAT PERLU CAKNA POLITIK