Catatan

RAKYAT PERLU CAKNA POLITIK

Suka atau tidak kita sebagai rakyat Malaysia patut memikul tanggungjawab sebagai warga yang perihatin terhadap negara. Kita tidak perlu  menjadi politikus untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita. Apabila kita mengaku sebagai umat Islam maka kita mempunyai tanggungjawab kepada hala tuju negara bukan menyerah bulat-bulat kepada pemimpin politik. Sikap ambil peduli tentang urusan negara perlu ada pada setiap umat Islam. Kita tidak boleh berlepas tangan dalam urusan perlantikan seseorang pemimpin mengikut pilihan raya acuan barat. Pemimpin menjadi lebih baik dalam menjalankan urusan negara jika kita ambil berat pemimpin yang kita undi. Kita tidak boleh berlepas tangan terhadap pemimpin yang kita lantik kerana sifat tersebutlah yang membuat banyak negara menjadi kucar kacir. Apabila kuasa memerintah yang diberikan seseorang pemimpin tidak dipantau oleh rakyat yang melantik maka mereka mula hilang jatidiri. Bermulalah era rejim dan sifat diktator seseorang pemimpi