Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

MINYAK APA LAGI YANG INGIN DIJUAL

Semakin ramailah yang cuba menonjolkan diri untuk menunjukkan kehebatan mereka bila bercakap dan menulis tentang politik yang dikatakan semakin parah. Semua mengetahui yang paling hebat dan paling kedepan untuk menempa nama sebagai king maker untuk mengulingkan kerajaan PN yang diketuai oleh TSMY adalah Anwar Ibrahim. Beliau cuba menunjukkan kepada dunia betapa hebatnya dan liciknya beliau mengucar kacirkan kerajaan PN sehingga kerajaan PN pimpinan TSMY hilang majoriti. Malah dengan sombong sudah menjaja kepada dunia bahawa beliau adalah bakal menjadi PM Malaysia ke 9 dan dokongan kuat USA dan barat menggunakan media massa untuk beliau berkuasa tidak sia-sia. Media massa dalam dan luar saban hari menunjukkan bagaimana sibuknya beliau keluar masuk Istana Negara untuk mengadap YDP Agong adalah bukti jawatan PM sudah semakin mengesahkan dakwaan beliau. Sibertrooper upahan di media sosial serta pengulas politik taraf kangkung tumbuh macam cendawan selepas hujan masing-masing cuba menonjolk