RAKYAT PERLU CAKNA POLITIK

Suka atau tidak kita sebagai rakyat Malaysia patut memikul tanggungjawab sebagai warga yang perihatin terhadap negara. Kita tidak perlu  menjadi politikus untuk memahami apa yang berlaku di sekeliling kita.

Apabila kita mengaku sebagai umat Islam maka kita mempunyai tanggungjawab kepada hala tuju negara bukan menyerah bulat-bulat kepada pemimpin politik. Sikap ambil peduli tentang urusan negara perlu ada pada setiap umat Islam.

Kita tidak boleh berlepas tangan dalam urusan perlantikan seseorang pemimpin mengikut pilihan raya acuan barat. Pemimpin menjadi lebih baik dalam menjalankan urusan negara jika kita ambil berat pemimpin yang kita undi.

Kita tidak boleh berlepas tangan terhadap pemimpin yang kita lantik kerana sifat tersebutlah yang membuat banyak negara menjadi kucar kacir. Apabila kuasa memerintah yang diberikan seseorang pemimpin tidak dipantau oleh rakyat yang melantik maka mereka mula hilang jatidiri.

Bermulalah era rejim dan sifat diktator seseorang pemimpin yang dilantik jika kita mengambil sikap berlepas tangan. Lahirnya seorang diktator bukan kerana sikap mereka tetapi kerana mereka sendiri yang kononnya menganggap sudah menunaikan tanggungjawab sebagai warga yang perihatin.

Kebanyakan pemimpin yang menjadi diktator di negara miskin bukan kerana beliau mempunyai karektor tersebut tetapi disebabkan rakyat mereka sendiri. Walaupun karektor sifat diktator seorang pemimpin sudah tersemat di hati amat sedikit bilangannya mengikut sejarah dunia.

Kebanyakan pemimpin yang menjadi diktator dan rejim dalam sesebuah negara adalah kesilapan rakyat mereka sendiri. Ramai diktator adalah seorang yang cakna rakyat sehingga mereka di angkat menjadi pemimpin tanpa dipantau atau tegur oleh orang yang melantik mereka.

Bila sikap berlepas tangan dianggap sebagai sudah menunaikan tanggungjawab ada dalam diri rakyat setiap negara. Secara tidak sengaja mereka telah menjadikan seorang pemimpin yang baik kepada sifat diktator. Kelemahan manusia yang tidak beriman adalah permulaan kelahiran seorang rejim yang zalim.

Banyak cerita sejarah tentang sesuatu kaum yang menjadi mangsa kezaliman pemimpin mereka sendiri malah ada yang dibunuh dan menjadi hamba kepada pemimpin yang mereka sendiri menjadikan penzalim sebagai pemimpin mereka. 

Begitu juga kisah-kisah hidup  seseorang raja yang kehidupan asalnya seorang yang adil dan akhirnya menjadi amat zalim apabila kuasa yang dimiliki menjadi semakin hari semakin besar kuasa yang dimiliki dan dikelilingi oleh para penasihat yang korupsi  sehingga ada yang sampai kepada tahap mengaku dirinya sebagai tuhan.

Semua disebabkan oleh sikap rakyat yang tidak ambil peduli kerana berpendapat mereka sudah menunaikan tanggungjawab. Sikap berlepas tangan tanpa memantau atau tidak melantik seorang yang amanah untuk menjadi mata dan telinga akhirnya mereka terpaksa menanggung akibat tindakan berlepas diri mereka sendiri.

Saya sendiri pun banyak berjumpa dengan artikel yang menyuruh kita lebih banyak pandang ke hadapan dengan hujah kita hidup di zaman IT dan teknologi yang begitu pantas bergerak. Takut kita akan ketinggalan di era maklumat di hujung jari tanpa langsung menoleh ke belakang.

Saya sentiasa menasihati walau selaju mana langkah kita ke hadapan, jangan sesekali lupa untuk menoleh ke belakang. Tanpa sejarah sebagai panduan tidak mustahil kehancuran lebih cepat menimpa kita. Sejarah jangan di tinggalkan walaupun sehebat mana pun kita baik dalam berilmu atau kecanggihan teknologi.

Kita telah dikhabarkan tentang kehebatan tamadun suatu kaum sehingga mengatasi kecanggihan teknologi zaman sekarang ini sehingga sampai tahap kemuncak lalu mereka Allah SWT hancurkan kerana mereka mula sombong dan menolak seruan para nabi mereka agar beriman kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Apatah lagi sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai umat Islam yang mana kita mempunyai panduan yang cukup hebat malah di akui oleh bijak pandai yang adil walaupun mereka tidak seagama isu Al-Quran dan As-Sunnah. 

Tetapi tetap ada yang secara lantang mempermainkan hukum Allah SWT dan hati mereka buta kerana menyatakan apa yang pemimpin PAS bercakap tentang hukum mereka menuduh ia adalah agenda PAS sedangkan mereka diberi ingatan tentang hukum Allah SWT yang jelas di dalam Al-Quran. 

Hati mereka semakin gelap bila mereka yang mengaku mereka dikalangan orang berilmu tidak dapat membezakan antara dasar parti PAS dengan hukum Allah SWT yang cukup jelas tertera di dalam Al-Quran.

Malah ada dikalangan pemimpin mereka yang sudah kemaruk untuk berkuasa yang saban hari dengan ratib "WE HAVE THE NOMBOR". Mereka menuduh PAS dan UMNO telah merampas kuasa secara pintu belakang dan tebuk atap. 

Kejatuhan kerajaan PH tiada kena mengena dengan MN kerana MN selalu melaungkan PH bakal menjadi kerajaan sepenggal. Tetapi perancangan Allah SWT Maha Hebat kerana tiba-tiba Allah SWT membolak balikkan jiwa Tun M sebentar dan tiba-tiba tanpa paksaan, desakan atau tekanan beliau meletak jawatan sebagai PM Malaysia. 

Walaupun YDP Agong memujuk beliau agar tidak meletak jawatan. Tetapi beliau tetap dengan pendirian kerana kita dan rakyat telah di tutup pandangan dari melihat apa yang tubuh Tun M diperlakukan. Bersaksi seluruh dunia bahawa PAS dan UMNO tiada kena mengena.

Disebalik hikmahNya tika penularan covid 19 yang sedang melanda dunia dengan keadaan ekonomi negara yang paling lemah dalam sejarah selepas di jamrah oleh PH selama 22 bulan. Allah SWT telah menyelamatkan kita ketika negara hampir hancur. 

Pernahkah anda terbayang andainya ketika krisis ekonomi global dan penularan covid 19 berlaku, PH masih menjadi kerajaan...!!! Sesungguhnya saya cukup takut doa orang yang dianiayai tiada hijab kerana janji Allah 3 doa yang pasti Allah SWT kaburkan.

Bagi saya tetap dengan pendirian bahawa doa yang kita tadahkan dengan bersama-sama mengaminkan agar Allah SWT terima doa para hamba-Nya yang dianiayai sejak PH memerintah, di pendekkan hayat kerajaan zalim ini. 

Jadilah sebaik-baik hamba kepada Allah SWT kerana itulah senjata yang masih menjadi milik kita umat Muhammad Rasulullah SAW. Keyakinan itu mesti disemak kemas di hati agar kita sentiasa tenang.

ABS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MINYAK APA LAGI YANG INGIN DIJUAL